Advertisement
Wednesday 11 December 2013

Advertisement
Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu mendedahkan bukti terdapat pemimpin PAS mengamalkan ajaran Syiah hanya disifatkan sekadar permainan politik.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, berdasarkan pemantauan, tiada seorang pun pemimpin PAS terlibat dengan Syiah, malah penafian berhubung perkara itu telah pun dibuat, lapor Sinar Harian.

"Ia hanya spekulasi pihak luar yang khabar angin untuk mereka dan juga Umno sahaja.


"Jika KDN (Kementerian Dalam Negeri) ada bukti, sila buktikan, jangan hanya bermain politik sebegini.

"Jika beliau berjaya membuktikan ada pemimpin PAS yang mengikut fahaman Syiah, PAS tetap mempertikaikannya.

"Kami hanya akan mengambil tindakan apabila kami sendiri melihat serta mengkaji bukti tersebut," beliau dipetik sebagai berkata.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini dilapor akan mendedahkan bukti keterlibatan pemimpin parti itu yang didakwa mengamalkan ajaran Syiah.

Dalam laporan tersebut juga, belau berkata, PAS tidak ada kuasa menghalang sekiranya KDN memberi kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil tindakan terhadap pemimpin terlibat.

"PAS ada keputusan sendiri dan kerajaan ada kuasa mereka dan boleh buat apa sahaja. Selagi mana pemimpin PAS bersih, kita akan cuba pertahankan pemimpin kita," katanya, seperti dilaporkan harian itu.

Kalau ada bukti, tunjukkan

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat pula dilaporkan berkata, kerajaan perlu menuruti prosedur dalam memberikan bukti berhubung keterlibatan pemimpin PAS dalam fahaman Syiah.

"Jika (ia) tidak benar, ini bermakna Umno perlu bersedia menghadapi saman daripada PAS.

"Isu Syiah merupakan isu politik antarabangsa yang telah dimainkan Umno dan akhirnya PAS menjadi mangsa keadaan. Jika Umno ada bukti, sila tunjukkan, kami tidak gentar," katanya.

MALAYSIAKINI 
Next
Newer Post
Previous
This is the last post.

Apa Komen Anda?

0 comments:

Post a Comment