Advertisement
Saturday 4 January 2014

Advertisement
1. Islam tidak hebat hanya apabila kita berjaya menyekat dan menghalang usaha pihak lain menyebarkan agama mereka, sebaliknya kehebatan Islam bertolak dari komitmen yang tinggi oleh penganutnya terhadap syiar dan syariat Islam itu sendiri. Kalaupun tidak berlaku penyebaran agama dan ideologi asing dari Islam, sementara ummat Islam pula longgar dan lemah pegangan mereka terhadap syariat Islam, ummat Islam tetap akan lemah dan tidak mampu berdiri sebagai ummat yang kuat dan berwibawa.

2. Realiti ini pernah dipertegaskan oleh Saiyidina Umar al khattab Rha:


قال عمر بن الخطاب رضي الله عنه: نحن قوم أعزنا الله بالإسلام فإن إبتغينا العزة بغيره أذلنا الله .

" Kita adalah satu golongan yang dikurniakan kekuatan oleh Allah swt dengan Islam. Maka jika sekiranya kita mencari kekuatan selain daripada kekuatan yang telah dikurniakan oleh Allah swt, nescaya kita dihina oleh Allah swt"

3. Marilah ummahku, bangkit berdakwah dan berjuang, melibatkan diri dengan gerakan Islam, basmi kejahilan dan didik serta bimbing masyarakat agar mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh. Usahlah hanya berbimbang - bimbang pada kemaraan agama lain sedang ummat sendiri terumbang - ambing tiada pegangan aqidah yang betul dan mantap. 

4. Kalau rumah kita hanya dibina dengan dinding kaca lalu kita risau dan resah setiap kali kenderaan melewati halaman kerana bimbang percikan batu, maka persoalannya sampai bila kita harus resah dan tidak lena tidur ? Alangkah jika kita membina rumah berdindingkan batu, pastinya kita rasa selamat dan nyenyak tidur biar pun siapa yang melewati di halaman.

5. Islam adalah agama yang Indah. Membawa rahmat kepada semua. Namun setiap kita dan semua pemimpin beragama Islam mesti memaparkan qudwah yang baik dan bistari. Tunjukkan akhlak yang mulia bukan kekerasan persis seekor buaya, pamerkan kebijaksanaan bertindak bukan kegelojohan mengatur rentak dan kemukakan kebenaran serta kehebatan hujjah bukan berbangga dengan kuasa untuk meredah. 

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi

Lajnah Dakwah PAS Pusat.







Melawat tapak pembinaan Maahad Tahfiz Al Quran Imam Malik di Kampung Jergoh Lanchang P.088 Temerloh .

Maahad ini mempunyai 50 orang pelajar dan 6 orang guru. Sekarang bernaung tingkat bawah Surau Kampung Jergoh. Separuh dari pelajarnya adalah datang dari keluarga miskin dan anak yatim.

Kepada siapa yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian dan dibawah adalah akaun Maahad Tahfiz Al Quran Imam Malik 

06120000615202
Akaun CIMB Islamik



-


~~~~~ info ~~~~ iklan ~~~~ makluman ~~~~ 




-

Apa Komen Anda?

0 comments:

Post a Comment