Advertisement
Tuesday 7 January 2014

Advertisement
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Penggal persekolahan tahun 2014 hampir seminggu telah berlalu. Ibu bapa mana yang tidak gembira dan bersyukur bila melihat anak-anak kecil mereka melangkah masuk ke alam persekolahan?

Namun suasana itu sukar untuk dirasai oleh kebanyakan ibu bapa anak-anak OKU.

Usah kita memujuk hati ibu bapa anak-anak OKU dengan mengatakan itu adalah ketentuan Allah. Allah menjadikan manusia itu lengkap dengan potensi diri biarpun dia seorang Orang Kurang Upaya yang mengalami pelbagai jenis kecacatan.



Artikel 24, Convention on the Rights of Persons with Disabilities (CRPD) dan Seksyen 28, Akta Orang Kurang Upaya 2008 telah memperuntukkan hak pendidikan kepada setiap individu OKU tanpa boleh didiskriminasi.

Peruntukan undang-undang ini telah meletakkan setiap pihak berkuasa yang berkaitan dengan pendidikan satu "Tanggungjawab Berkanun" atau "Statutory Duty" bagi memastikan setiap anak-anak OKU memperolehi pendidikan yang sesuai dengan kecacatannya.

Kegagalan pihak berkuasa pendidikan menyediakan peluang pendidikan yang sesuai dengan OKU yan pelbagai katagori adalah telah melanggar "Tanggungjawab Berkanun"/"Statutory Duty" yang diletakkan oleh undang-undang kepada mereka.

Bila saya menyebut pihak berkuasa dalam pendidikan, ia bukan sekadar merujuk kepada individu-individu berjawatan tertentu sahaja. Ia tentunya merangkumi institusi yang bertanggungjawab menyediakan keperluan pendidikan di negara ini.

Sekian, terus bergerak bersama bagi kepentingan OKU di Malaysia.

(Mohammad Faizal Che Yusof)
















sumber - BLOG - Tuan Faizal

-

~~~~~ info ~~~~ iklan ~~~~ makluman ~~~~ 
-

Apa Komen Anda?

0 comments:

Post a Comment